PAKATAN Rakyat Sabah seharusnya yakin mampu meraih kemenangan pada pilihan raya umum ke-13 kelak sekiranya para pemimpin mereka memberi pendedahan secukupnya mengenai peyelewengan dan salahguna kuasa UMNO/BN selama hampir 47 tahun memerintah negeri Sabah.
Penekanan harus diberikan kepada kos sara hidup rakyat yang tinggi dan pendapatan orang kampung yang ketandusan sumber setelah alam semula jadi mereka dimusnahkan untuk menyarakan kehidupan mereka dan anak cucu mereka dari dahulu, kini dan masa hadapan mereka semakin gelap di bawah teraju BN.
Kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil P 212 Bandar Sibu, Sarawak ahad lalu bukan saja membuktikan sokongan daripada masyarakat Cina telah bertambah, malah sokongan daripada masyarakat Melayu-Melanau juga semakin meningkat.
Hakikat inilah yang harus disedai oleh para pengundi di Sabah dan tiba masanya untuk berubah dengan tidak memberikan undi kepada calon Barisan Nasional jika ada PRU pada bila-bila masa sahaja. Inilah sahaja cara untuk pengundi melakukan satu perubahan baru dalam hidup mereka di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat kelak.
0 Response to "RAKYAT MESTI BERUBAH DENGAN TOLAK BN"
Catat Ulasan