Rakan Seperjuanganku..
Jika dirimu dipenjarakan
Berehatlah dirimu di sana buat seketika..
Kami sebagai rakanmu...
tidak akan mengalah sama sekali
LAWAN TETAP LAWAN
Rakan Seperjuanganku
Jika diizinkan Tuhan
Bumi ini kami bebaskan
Umurmu masih panjang
Kami akan datang
Datang beramai-ramai
menyambut pembebasanmu
Jika kamu gugur sebagai pahlawan
Izinkan kami menghadiahkan
Al fatihah sebagai bekal akhirmu
Sebagai lambang kekejaman bangsa Melayu
Melayu yang Munafik
Rakan Seperjuanganku
jangan bersedih..
kerana kemenangan sudah hampir tiba..
0 Response to "SAJAK BUAT DATO SERI ANWAR IBRAHIM"
Catat Ulasan