Pilihan Raya Kecil Apa Guna Ada SPRM jika !!!!

"Tahniah buat BE END kerana menang dengan bergaya PRK Merlimau dan Kerdau. Keputusan yang sudah dijangka dari awal , memandangkan kawasan itu sememangnya kubu kuat BE END sejak berzaman. Maknanya kekalahan PAS bukan sesuatu yang mengejutkan.

Dilihat dari undi yang diperoleh oleh BE END juga bukan suatu yang boleh dibanggakan , ratusan juta yang dibelanjakan dalam Pilihanraya itu. hanya sekadar itu sahaja yang diperolehi. Atas nama pembangunan ianya diiharuskan dan SPR membiarkan sahaja apa yang berlaku.

Tahniah kepada mereka yang masih setia untuk mengundi PAS dan menolak RASUAH. Rasuah yang bermaharajalela sepanjang PRK , Habuan demi habuan yang diberi tidak dapat ditafsir oleh SPR samada rasuah atau tidak. Sesuatu yang melucukan. Kalau tak tahu tanyalah MUFTI pasal ini n rujuklah Al Quran dan sunnah.

Apa guna kita ada SPRM jika rasuah yang dilakukan secara terang-terangan dianggap suatu yang biasa. Aku pun susah nak faham kenapa isu rasuah pilihanraya tiada tindakan diambil sedangkan secara terang-terangan ianya dilakukan dengan pelbagai janji dan habuan akan diberikan jika menang. Tidakkah itu dikira RASUAH. Apa lagi isitilah yang boleh dipanggil selain dari istilah ini.

Paling menyedihkan ialah para pengundi yang masih mengundi calon BE END khususnya masyarakat Melayu yang mendekatkan diri mereka dengan RASUAH. Apakah mereka ini sudah hilang kepercayaan agama atau hati mereka sudah tertutup untuk menerima Islam atau atas desakan hidup.

Walau apapun yang berlaku semasa di kedua-dua PRK ini , sudah jelas menunjukkan kerajaan BE END lah yang menggalakkan rasuah . Sebab itulah kita lihat kewujudan SPRM umpama tong sampah kosong yang tidak mempunyai sebarang nilai untuk dipercayai.

Isu Rasuah setiap Pilihanraya samada PRU atau PRK ini sudah kerap dilaporkan namun tiada apa yang boleh kita harapkan pada SPRM yang wujud seolah-olah untuk talian hayat buat rejim UMNGOK dan BE END.

Hanya mereka yang benar-benar Istiqamah dalam Islam sahaja yang akan menjauhkan diri dari noda RASUAH ini. Pada pengamal rasuah atau penyokong rasuah samada yang berjawatan atau tidak,samada pemimpin atau tidak , samada ahli agama atau tidak , samada ahli politik atau tidak , tunggulah azab diakhirat kelak diatas apa yang anda lakukan.

PAS dengan dasar Islamnya yang jelas memang berterusan memerangi isu ini . Manakala bagi DAP pulak, parti ini 100 kali lebih baik dan lebih jelas pendirian mereka berhubung dengan isu rasuahberbanding UMNO. Dalam UMNO dan kerajaan BE END, pemimpin yang terpalit rasuah masih diangkat sebagai Ketua Menteri, Menjadi Calon, Pengerusi Koporat dan sebagainya. Sebab itu kalau ada orang yang kutuk DAP aku rasa malu memandangkan Melayu yang dok sibuk kutuk DAP tak pula menegur pemimpin mereka yang hanyut dengan budaya ini.

Sebab itulah kalau sesuatu bangsa itu hendak dihormati , nilai agama haruslah dijadikan pegangan bukan hanya mengambil secara terpilih. maka inilah akibatnya. Semoga negara Malaysia khususnya rakyat Malaysia bebas dari amalah rasuah dan dijauhkan dari bala Allah s.w.t.
oleh;kopiahijau

0 Response to "Pilihan Raya Kecil Apa Guna Ada SPRM jika !!!!"

Catat Ulasan