"Akhirnya harga gula berjaya juga dinaikkan sehingga RM0.60 sekilogram..tahniah kepada BN kerana mengotakan janji dan sememangnya bangsa melayu sentiasa berpegang kepada janji..sebagai rakyat miskin,saya akan sentiasa menyokong BN kerana sentiasa menjaga kebajikan rakyat setiap kali hampir kepada pilihanraya..terimakasih kepada wakil rakyat yang sudi menjenguk orang kampung 4 tahun sekali..
Barang-barang lain yang telah dinaikkan harga amat kami alu-alukan..pesan kami,janganlah nak tunggu lama baharu nak naikkan harga lagi..kalau boleh kami nak setiap bulan ada sahaja barang keperluan yang dinaikkan harga..kami sebagai rakyat miskin amat suka melihat tauke-tauke berperut buncit cepat kaya..itulah konsep 1malaysia..kita mesti tolong sama Ah hock kasi kaya...tolong ramasamy bagi kaya..kita orang malaysia memang terkenal dengan sikap pemurah..
Terimakasih pada BN kerana memberi ruang kepada pendatang asing dari seluruh dunia datang berkampung di Malaysia..kita memang gembira jika malaysia jadi tong sampah tempat dilonggokkan segala macam benda..banyak pelabur asing datang buka kilang dan ada segelintir yang suka buang sisa toksik kedalam saliran air dan sungai..terimakasih BN
Kami rakyat miskin seronok menyokong BN kerana Bil Naik..bil air dan bil elektrik sekarang sudah mencecah RM100 setiap kali pembaca meter datang...itu tak mengapa..kami rakyat miskin tak nak kerajaan dan kroni-kroninya susah nak hitung jumlah pendapatan syarikat mereka..jadi jika satu rumah purata penggunaan air dan eletrik adalah RM100..maka bayangkan jika ada 28juta pengguna..darabkan RM100..kan senang nak kira begitu...seronok tengok syarikat-syarikat besar ni membuat duit..tentang diri kami..usahlah dirisaukan..kami akan berusaha membanting tulang..walaupun kais pagi makan pagi untuk mencari rezeki membayar segala bil-bil tersebut..walaupun kekadang kami terpaksa berlapar,usahlah bimbang kerana kami pernah menempuh zaman penjajahan dahulu..pernah makan ubi rebus dan pucuk kayu..
Teruskan pemerintahan BN...jangan tumbang..walau bagaimanapun digegar oleh Pakatan Rakyat..jangan goyah..itu pesan kami..kepada para pemimpin BN,teruskanlah memikir bagaimana cara nak membuat duit dengan jawatan,pengaruh dan kuasa yang ada...jangan risau pasal rakyat..sebab kami pun tak pernah menjenguk rumah para pemimpin kami yang sentiasa berpagar dan dikawal ketat..teruskanlah agenda tuan-tuan semua..
0 Response to "BN Bermakna Barang Naik."
Catat Ulasan