Secara serius saya katakan, perubahan yang bermula dari tahun 1998 masih belum berhasil secara mutlak. Ia merupakan permulaan yang baik. Tetapi hari ini, kerajaan masih dipegang oleh parti basi yang sama. Ini adalah akibat PRU12 yang kurang menyinar buat pembangkang. Khusus kawasan di sebelah Sabah dan Sarawak.
Kita perlu perhebatkan pendidikan di dua negeri ini. Apabila rakyatnya bongok, maka mereka sukar untuk membuat pilihan bijak dan berdikari. Biasiswa harus diberi agar lahir golongan ilmuan dari Sabah dan Sarawak. Pekerjaan juga harus diberikan pada mereka bahkan utamakan mereka berbanding warga asing yang tidak boleh mengundi.
Kerajaan hari ini harus digulingkan sehingga PWTC itu menjadi kecoh sekali lagi. Lebih kecoh daripada masa Mahathir letak jawatan dahulu.
Susuk baru seperti Dr. Asri hendaklah berganding bahu dengan pihak yang benar dan bukannya menjilat Mahathir.
Siapa yang tak kenal Mahathir? Dia sama seperti para pemimpin UMNO yang lain. Hanya melakukan kebaikan sewaktu ingin meraih sokongan rakyat.
Atau apabila sudah terdesak dengan kes berprofail tinggi maka akan diwujudkanlah pelbagai program yang berjiwa rakyat. Selebihnya adalah agenda yang mengkayakan diri sendiri.
Apakah betul tindakan sebegitu? Apakah tidak perlu keikhlasan di dalam setiap tindakan kita? Membuat sesuatu dengan niat ingin menyelamatkan diri sendiri dan kroni. Apakah itu ikhlas buat rakyat jelata?
Kerana itulah banyak produk negara seperti Proton dikutuk hebat dan apabila hendak meninggal dunia barulah kereta yang baik sedikit diperkenalkan. Barulah forum riba' sedunia mula dijalankan. Apakah sikap begini ikhlas.
Jika persembahan penutup mestilah mahu dilakukan dengan baik agar dikenang. Siap muzikal semua sekali.
Jadi, bila nak mati, tentulah dia mahu dikenang. Ini hak individu. Siapa mahu berbuat demikian buatlah. Rakyat akan menilai. Setiap kita, ada saingannya. Jika Mahathir berdiri, saya boleh letakkan Lee Kuan Yew di sebelahnya. Apa komen anda?
Najib pun sama. Sesudah dibelit dengan isu Helikopter Nuri dan kes Altantuya barulah hendak melakukan kebaikan. Rosmah pun 2X5, apabila video Perempuan Puaka tersebar di YouTube, barulah dia ingin berbuat baik di dalam TV derma-itu-dan-peluk-ini.
Rakyat sedang melihat sebenarnya. Kita perlu malu dengan sikap pemimpin yang fikir, rakyatnya tidak peka. Sesungguhnya dalam kepekaan kita, ada orang yang lebih peka daripada kita dan ada yang berbuat bodoh bagi meneliti tindakan dan mengkaji keseluruhan sahsiah kita.
Jadi awaslah kita ini semua. Buat kerja biarlah ikhlas. Jangan ingat orang tak meneliti diri kita.
0 Response to "Kenapa Kita Perlukan Anwar Ibrahim ?"
Catat Ulasan